Monday, December 20, 2010

^_^ Dengarkan kisahku Ini

 


Petikan dari Majalah PARAS - Oktober 2004 

"Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya
yang 
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya 
ketika bersandar dibahunya." 

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa  pernikahan, 
saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-
alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang 
menjemukan. 

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta 
berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang 
anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. 
Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh 
berbeza dari yang saya harapkan. 

Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan 
suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua 
harapan saya terhadap cinta yang ideal. 

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya 
kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. 

"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut. 

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya 
inginkan." 

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak 
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. 

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat 
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan 
daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. 

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya 
merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. 

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, 
Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum 
bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika 
Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang 
akan lakukan untuk Siti?" 

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan 
jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. 

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya  menenui selembar 
kertas dengan coretan tangannya  dibawah sebiji gelas yang berisi 
susu hangat yang  bertuliskan. .. 

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi 
izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu 
menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. 

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program 
didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus 
memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk 
memperbaiki program tersebut." 
  
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang 
harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan 
membuka pintu untuk Siti ketika pulang." 

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar 
dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, 
Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang 
lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah." 

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang 
setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit 
dan mengurut kaki Siti yang sengal itu." 

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan 
menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat 
menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk 
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami." 

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk 
kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita 
tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan 
memandikanmu. " 

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing  menelusuri 
pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan 
warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya 
wajahmu." 

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. 
Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi 
kematian Abang." 

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih 
daripada Abang mencintai Siti." 

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, 
kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan 
diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat 
membahagiakan Siti." 

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya 
menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya 
lagi. 

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti 
puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal 
di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang 
berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk 
untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan 
menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." 

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu 
saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan 
pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti 
kesukaan saya. 

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih 
dari dia mencintai saya. 

"Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur 
hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan 
cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah 
hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum
ini"

No comments:

Post a Comment