Tuesday, January 24, 2012

Kepercayaan-Kepercayaan Karut Melayu Terhadap Umno



Tengah malam tadi saya bersembang panjang dengan salah seorang rakan muka bukusaya. Dia seorang pendidik yang sekarang dalam rangka menyiapkan tesis Phdnya. Kajiannya kalau tidak salah mengenai politik Pas dan Umno.

Apakah yang hendak dirumus ataupun teori-teori yang bakal dikemukakan ke arah penyelesaian kemelut politik Melayu dalam tesis tesisnya itu saya tidak dapat pastikan.

Apabila menyedari dia seorang beriman dan kuat berpegang kepada agama - berpandukan kepada kerajinannya memberi pesan dan nasihat dengan memetik Quran dan Hadith dan menyuruh sama saya membaca suruh al Mulk, biarlah rumusan dalam tesis Phdnya nanti juga bertunjang al-Quran dan al Hadith. Semoga dia akan dapat mengkesampingkan perasaan dan sentimen tebal kepada ideologi parti yang dianutinya kerana dia merasa amat bersyukur kepada kerajaan.

Mudah-mudahan semasa dia mencari bahan dan mendebatkan subjek-subjek yang dibincangkan dia akan menemui jawaban tuntas kepada permasalahan yang cuba diselesaikan itu, seperti mana ada sesetengah pengkaji Barat mengenai Islam akhirnya menerima dan memeluk Islam selepas ia menemui sesuatu dalam pengkajian itu.

Apa yang hendak saya catatkan di sini, ialah simpulan perbualan panjang malam tadi yang memakan masa lebih satu jam dan melibatkan hampir 100 intri atau posting antara saya dengan dia. Satu perbahasan yang agak ilmiah dan perbahasan sebeginilah yang kita harapkan dan perlu menjadi amalan dalam chatting atau perbualan menerusi muka buku.

Pandangan yang dilontarkan dalam muka buku itu akan dapat dikutip dan direnungi oleh orang lain pula. Inilah baru dikatakan berbual yang ada faedah dan bijak menggunakan muka buku.

Rumusan saya terhadap perbualan semalam begini;

* Kepercayaan bahawa Umno sahaja yang mampu mentadbir negara ini masih kuat dikalangan sesetengah orang bukan sahaja dari kalangan orang kampung tetapi golongan cerdik pandai seperti guru. Ini bermakna cerdik pandai masih berfikir satu jalur dan bersikap pentingkan diri sendiri.

* Kepercayaan atau kasih sayang orang seperti ini kepada Umno ialah kerana mereka bimbang keadaan selesa yang mereka rasai sekarang ini termusnah atau hilang bila bukan UBN yang menjadi pemerintah. (Pegangan sebegini adalah hasil asakan dan tunjangan para 'mubaligh' Umno ke dalam minda mereka). Sikap dan pegangan ini menunjukkan kelemahan sifat dan daya fikir Melayu.

* Masih ada bayangan kalau bukan Umno yang memerintah negara ini akan huruhara dan kucar kacir. Pandangan ini sama dengan penegasan dibuat oleh ustaz-ustaz di dalam Umno yang sudah berjaya mengdoktrininasikan mereka semasa dibawa melawat Putrajaya dan diberi wang poket.

* Masih mempercayai bahawa Umno memperjuangkan Islam, membela bangsa Melayu... walaupun hakikatnya Umno pesimis kepada Islam. Walaupun sesudah lebih setengah abad Umno menjadi kerajaan kehidupan orang Melayu masih belum berubah dan terus melaksanakan politik ugut, memberi jamuan kepada orang Melayu di mana tektik ini untuk melemahkan minda orang Melayu. Iya bila kuat makan dan tidur pemikiran akan jadi lemah.

* Bahawa masih ada orang Melayu termasuk cerdik pandai begitu lemah mindanya untuk melakukan perubahan yang besar. Menukar kerajaan adalah satu tindakan besar. Masih ada kepercayaan dan sikap negatif terhadap masa depan. Sikap negatif inilah melemahkah Melayu.

* Bahawa masih ada yang menerima politik ala Umno dan menganggap cara Umno yang menggunakan agensi kerajaan, melakukan politiking dalam jabatan untuk kepentingan sebagai sesuatu yang halal dan dibenarkan. Sekali lagi orang seperti ini gagal memahami prinsip perlembagaan dan demokrasi.

* Bahawa masih ada yang tidak menerima realiti politik dan sosial di Malaysia ini, di mana negara ini bukan sahaja dimiliki dan dikuasai Melayu tetapi lain-lain kaum juga. Apabila Umno mementingkan kedudukan mereka atas nama tuan, ertinya Umno menafikan hak-hak orang lain.

Menyimpulkan kesemua kesimpulan itu inilah penyakit atau pun unsur yang ada di dalam benak sesetengah orang Melayu khasnya Melayu Umno. Selagi elemen ini menebal dan menjadi kepercayaan kepada mitos Umno sahaja yang mampu mentadbir, Umno kononnya pejuang Melayu dan Islam, sukar untuk Melayu bersatu dan mendapat kuasa secara solid.[wm.kl.10:30 am 24/01/12] SUMBER DI; sini


p/s; 100% setuju!!!!

antara kumpulan paling merbahaya di dunia


bila dah umur dah lebih 1/4 abad ni, rasa geli anak tekak kalau nak sembang pasal gangster, samseng, jenayah dan lain-lain.. hahaha.. tapi tak sangka masih ramai orang kita yang sudah berumur, ta'asub dengan perkara-perkara seperti ini.. buat malu ja kalau anda (lelaki) dah ada anak bini, tapi dok bangga dengan 'group' atau 'gang' anda kononnya anda paling hebat dan paling kuat.. kah kah kah.. woi!! nak sembang gangster, pegi sembang dengan budak-budak kecik yang baru nak tumbuh bulu kote boleh la woi.. kah kah kah..
walaupun aku tak suka dengar cerita pasal gangster, samseng dan seantaranya ni, tapi aku nak kongsi dengan anda semua senarai kumpulan-kumpulan samseng paling merbahaya didunia.. ini bukan perkara main-main.. kalau anda terserempak dengan kumpulan-kumpulan ini, sila lari sejauh mungkin.. seriously!!


aryan brotherhood (america)


mexican zoot ladies



mara salvatrucha 13 (los angeles)


yakuza family (japan)


chinese triads (china)


la eme (mexico)


the crips (african american)


the mungiki (kenyan)


la nuestra (mexican american)


bosozoku bikerz gang (japan)



scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll


scroll



rempit gergasi (malaysia)



pui brotherhood (malaysia)
juga dikenali sebagai "bukakke-kahak"
sumber di; SINI

p/s : hanya allah swt sahaja yang berkuasa dari sekalian mahkluk...

Thursday, January 19, 2012

Pantun Orang Malas Solat

Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang…




Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,Berdiri tanpa roh malam siang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan 10 minit , Setiap satu waktu aku tak boleh luang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga bo leh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

Apasal la aku malas sembahyang
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Mohamad Ariethz                                                           

Monday, January 16, 2012

Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak 31/12/2011

Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak 31/12/2011 



1. Apakah Hukum sambut countdown…?
UAI:”countdown tu mende”…??
Zizan: !@#$*…emm..”count tu, kire..down tu, bawah…2011 ke 2012..”
UAI: “count up la gitu..11 ke 12….”
zizan: !@#*…. =)
–> Kata ulama’ countdown bukan perayaan…
 ianya jatuh haram mengikut cara (perbuatan) kite… jatuh haram sekiranya sambut dengan buat maksiat, mnum arak, judi, ambil dadah, dll…. 
2. Apakah hukum main bunga api…?
–> Ulama’2 sepakat menyatakan setiap perbuatan yang ada membazir = tidak harus…
 samada makruh @ haram.. Jika beli sedikit mercun kemudian bakar, makruh kerana membazir sedikit duit.. sekiranya membazir berlebihan jadi Haram.. contohnye beli sampai beratus2, beribu2 ringgit… kalau bunga api untuk sambutan tahun baru terang2 haram kerana ambil duit rakyat beratus2 ribu ringgit, pembaziran yg nyata… 
3. Pandu kereta sorang2 pd pukul 3pagi…smpai kt lampu isyarat,lampu merah..boleh tak nk teruskan kerana tiada kenderaan lain ketika itu,jalan sunyi…
–> Peraturan kerajan buat bg menyelesaikan maslahatan rkyt..
 lampu isyarat dicipta untuk jln yg sibuk/sesak.. dlm jln kmpung ade lampu isyarat x? tiada sbb jln kampung xsibuk… Boleh jalan, jika yakin tiada kenderaan lain ketika itu (dari arah kiri, kanan, depan) dan yakin tiada mudarat kpd org lain.. peraturan mnusia boleh ditukar mengikut keadaan.. tetapi Undang2 ALLAH(Quran), tak boleh diubah sampai bile2… 
4. Betul ke alat muzik tu najis..??
UAI: “Betul…..sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu”….=)
–> Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan… kalau binatang,
 anjing & babi.. haiwan mati (bangkai) juga najis.. Jika main alat muzik sampai lalai, tu yg jd haram… bunyi2-an ni dibenarkan… dalilnya, dalam kitab2 bab Nikmat Syurga = Allah ada sediakan bunyi2-an didalam syurga nanti… 
5. “Isteri kena hiburkan suami dirumah…kalau suara isteri xsedap kena nyanyi jugak ke…?” =)
–> Tujuan hiburkan suami untuk mengeratkan ksh syg dlm rmh tgga… hiburkan suami bukan dgn nyanyi je.. mcm2 cara boleh…isteri hiburan suami dr hujung rambut smpai hujung kaki.. dgn cara ckp boleh hiburkan suami..
 cara berjalan… ni tidak, bile kt opis berjalan “catwalk”..dlm rumah plak “elephantwalk”…=) cara layanan juga hiburkan hati suami…dll… 
6. Hiburan itu haram sebab melalaikan…ape pendapat ustaz…
–> Manusia mmg suke kpd permainan & hiburan.. Islam bukan agama menghalang
 (semuanya haram) tetapi agama mendidik.. hiburan dibenarkan cume kite yg xpandai jaga diri (lalai dr perkara wajib, mabuk, maksiat)… tu yg jd haram tu.. Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja @ beribadah.. boleh bermain supaya xbosan.. Allah juga hendakkan supaya hamba2nya sihat n cergas untuk melakukan kerja n kewajipan2 lain.. niat dlm hati, hiburan kerana Allah… 
7. “Saya tgk vcd kuliah Ustaz…ustaz kate,perempuan xwajib pakai tudung..lepas tu vcd lekat...xleh nk tgk ayat seterusnya”…=) betul ke perempuan xwajib pkai tudung…??
–> Betul perempuan xwajib pakai tudung…
 yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT… aurat ialah apa2 bhgian pd anggota bdn yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram.. kalau pkai tudung tp nmpk jugak rmbut kat dalam (tudung nipis bayang) haram jgk… kalau pkai tudung tp rambut keluar (jambul) haram jgk.. pakai tudung tp pkai baju lengan pendek, haram jgk…pakai tudung singkat, haram jugak.. jd tutuplah aurat.. WAJIB.. faham molek.. 
8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha…batal tak..?
UAI:”Batal…
 sekiranya si ayah terkentut”…=)
–> Tak batal sebenarnye..
 kecuali jika si anak itu dalam keadaan bernajis… dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah sedang sujud, cucu baginda iaitu Saidina Hussin tibe2 naik atas belakang baginda.. baginda sujud lama2.. tidak terus bangun kerana fikirkan cucunya xpuas lg bermain dan juga bimbang sekiranya Saidina Hussin terjatuh jika baginda bangun… dalam solat, boleh meraikan kanak2… 
9. “Babpe (sebab ape/kenapa) ustaz tak berpasangan ngan zizan masuk raja lawak…?”
–> Ustaz mengajar untuk tarik minat orang muda..
 kalau mengajar lurus mendata (straight) aje, orang muda xberapa suke… datang 2, 3kali pastu xdtg dh sbb bosan… kena pelbagaikan cara.. Alhamdulillah, orang muda datang kuliah… yang xsuke datang kuliah, jadi suke datang kuliah… kite nk hasilnye…. 
10. “Saya suka tengok cerite hantu…sampai takut nk gi ke dapur waktu malam..isteri saya lagi la takut…” =)
Apa hukum tengok cerite hantu…?
–> Sengaja tengok suatu bende yang buat kite takut,
 tetapi bende takut tu xdk faedah = Makruh… Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kepada Akhirat(ALLAH),contohnya tengok orang mati = Sunat…
Jika takut pada bende yang hanya lakonan
 (filem/drama)..? = maknenye kite ‘tak sihat’…=) 
11. “Saya nak derma tabung masjid rm10..
 tetapi terambil duit rm50 dan termasuk ke dlm tabung masjid.. boleh tak saya nak mitak balik (baki)…?” =)
–> Boleh mitak balik…
 dengan syarat kena bersumpah dulu… jika imam x yakin dengan dia, imam xwajib bagi… fikirkan hikmah… mungkin Allah nk bg ganjaran yg besar pd kite… redha aje lah… 
12. “Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk”….=)
–> wanita mcm bdk2…
 suke membeli.. contohnye bdk2, pantang tgk mainan terus je nk, padahal mainan dh byk kt umah… mcm juga wanita, padahal baju, kasut byk dlm almari yg xpkai lg.. nk beli lg.. wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. memang tugas suami cari duit, isteri habiskan duit.. kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lg… kalau bkn isteri, siapa lg yg nk beli periuk, kuali, dll… suami jgn marah.. isteri besar jasanya.. tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite, tlg msak, kemaskan umah, dll… 
13. “Saya rajin berkerja,
 taat perintah agama, solat xtinggal… boleh tak nk jd menantu ustaz..?”….=)
–>Boleh…
 dlm hadis pon nabi berpesan, jika ada seorang lelaki yg beragama dtg meminta anakmu, maka segerakanlah menerimanya… nabi tak syaratkan mengambil menantu yang PANDAI AGAMA ( ulama, ustaz, al- hafiz)… tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA (bersolat 5waktu, berpuasa penuh, dll)… 
14. Apakah hukumnya mengambil wudhu’ dalam keadaan bogel...?
–> “Ulama’ sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu’ berbogel….di khalayak ramai”…=) Jika didalam bilik air rumah hukumnya makruh… 
*Ni je yang sempat saya ambil..
 Jika ada salah dan silap.. silalah tegur… kerana kesilapan itu dtgnye drpd kelemahan diri sy sendiri… sama2 kite belajar (menuntut ilmu) mencari redha Allah dan juga sama-samalah kita berkongsi2…=)